Blogger Layouts

Barisan pelumba MotoGP

Barisan pelumba MotoGP

KEHIDUPAN DUNIAWI

Jadilah diri anda janganlah jadi diri anda hanya umpan dalam kerakusan duniawi yang hanya seketika ini dan jangan mudah terikut dengan pengaruh orang lain, kerana ada setengah kawan mungkin boleh dijadikan kawan tapi ada setengah juga boleh dijadikan lawan, hargailah kehidupan anda dengan perkara yang berfaedah dari terjebak dari kehidupan yang sia-sia, ingatlah masa itu emas dan masa takkan berulang kembali.

Thursday, 22 November 2012

casey stoner bersara




Casey Stoner bersara hujung musim ini

LE MANS 18 Mei - Juara MotoGP, Casey Stoner mengejutkan sejarah sukan selepas mengumumkan persaraan pada hujung musim ini atas sebab ‘urusan keluarga’.
Pelumba Australia itu yang telah memenangi perlumbaan MotoGP sebanyak 35 kali dalam kariernya dan sekarang ini sedang mendahului kedudukan pelumba keseluruhan selepas memenangi dua daripada tiga perlumbaan 2012, membuat pengumuman di sidang media menjelang Grand Prix Perancis Ahad ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120518/su_07/Casey-Stoner-bersara-hujung-musim-ini#ixzz2Cxfx1Han
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ROSSI KEMBALI BERSAMA YAMAHA FACTORY RACING 2013


Rossi kembali ke pangkuan Yamaha

ROME - Juara MotoGP dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Yamaha selepas gagal mengharungi musim yang baik bersama pengeluar dari Itali, Ducati.
Perpindahan tersebut diumumkan Ducati semalam, yang turut mengesahkan penunggang Itali berusia 33 tahun itu akan menamatkan kerjasamanya bersama mereka sejurus tamat musim kejuaraan MotoGP dunia 2012.
Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pelumba tersebut, malah ia juga menjawab dakwaan bahawa Rossi akan bersara pada hujung musim ini selepas gagal memberi tentangan yang baik sejak dua musim lalu.
Kemenangan terakhir Rossi adalah pada Grand Prix Malaysia, Oktober, 2010 dan ketika ini dia menduduki tangga kelapan pada kejuaraan dunia.
Yamaha Motor Racing dalam kenyataan berasingan mengesahkan, pelumba Itali itu kembali berlumba untuk mereka bagi menghadapi musim 2013 dan 2014 selepas meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Ducati pada 2011.
Rossi akan berpasangan dengan pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang ketika ini sedang menerajui perlumbaan MotoGP dunia dengan kelebihan 23 mata selepas mengharungi 10 perlumbaan pertama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20120811/sl_05/Rossi-kembali-ke-pangkuan-Yamaha#ixzz2Cxau1dPY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 11 November 2012

Zulfahmi Khairuddin kedudukan ke3 GP Valencia, Spain


Podium kedua buat Zulfahmi di Valencia


Zulfahmi Khairuddin di atas podium setelah menduduki tempat ketiga pada GP Valencia di Sepanyol, semalam. - AGENSI
KUALA LUMPUR - Litar Valencia membawa tuah buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia mencatat keputusan podium kedua dalam kariernya pada perlumbaan penutup tirai Moto3 musim 2012 di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol, semalam.
Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 45 minit 06.005 saat, di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo, Danny Kent dan Sandro Cortese.
Kent, pelumba kelahiran Britain muncul juara pada perlumbaan tersebut dengan catatan masa terpantas 4:05.891s.
Juara dunia Moto3, Cortese dari Jerman yang diberi tentangan sengit oleh rakan sepasukannya itu melakar 45:05.947s di tangga kedua.
Zulfahmi yang bermula di petak ke-17, berjaya melonjak ke kedudukan kelapan pada awal saingan dan terus konsisten untuk berada di kelompok 10 terbaik pada perlumbaan 24 pusingan itu.
Prestasi seimbang yang dipamerkan anak muda berusia 21 tahun itu sepanjang perlumbaan menyaksikan dia terus memberi tentangan sengit sehinggalah saingan berbaki lima pusingan, Zulfahmi memecut jenteranya daripada tempat kelapan, mendaki satu demi satu anak tangga untuk berada dalam kelompok lima terbaik.
Pada pusingan terakhir, pelumba Air Asia SIC Ajo itu yang mengekori rapat penunggang RW Racing GP, Brad Binder kemudiannya memintas menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk catatan podium kedua selepas muncul naib juara di GP Malaysia 21 Oktober lalu.
Zulfahmi ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melahirkan rasa tidak percaya dengan keputusan podium yang dicatatnya pada saingan, semalam.
“Sukar untuk saya percaya keputusan podium yang saya catat. Litar agak basah dan licin, tetapi pada pertengahan perlumbaan saya ambil risiko untuk memberikan saingan kepada pelumba lain walaupun banyak insiden kemalangan yang berlaku.
“Saya gembira dapat menaiki podium buat kali kedua tahun ini, setelah saya bermula di petak ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, ini keputusan yang cukup hebat," katanya yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketujuh keseluruhan setelah mengumpul 128 mata.
Menurut Zulfahmi, ketika saingan berlangsung dia tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan dan masih sukar untuk menerima keputusan yang dicatatnya.
“Saya memang benar-benar sukar hendak percaya keputusan hari ini (semalam), saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan.
“Terima kasih kepada pasukan saya, penaja KTM dan semua orang yang selama ini memberikan sokongan kepada saya. Tahun depan, saingan bakal menjadi lebih kompetitif dan saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, begitu juga dengan jentera," ujarnya.
Sementara itu, Zulfahmi turut melahirkan rasa gembiranya setelah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dipilih Dorna (pemegang hak penganjuran MotoGP) untuk menerima anugerah Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121112/su_02/Podium-kedua-buat-Zulfahmi-di-Valencia#ixzz2BzK99PAp
© Utusan Melayu (M) Bhd