Blogger Layouts

Barisan pelumba MotoGP

Barisan pelumba MotoGP

KEHIDUPAN DUNIAWI

Jadilah diri anda janganlah jadi diri anda hanya umpan dalam kerakusan duniawi yang hanya seketika ini dan jangan mudah terikut dengan pengaruh orang lain, kerana ada setengah kawan mungkin boleh dijadikan kawan tapi ada setengah juga boleh dijadikan lawan, hargailah kehidupan anda dengan perkara yang berfaedah dari terjebak dari kehidupan yang sia-sia, ingatlah masa itu emas dan masa takkan berulang kembali.

Thursday, 22 November 2012

ROSSI KEMBALI BERSAMA YAMAHA FACTORY RACING 2013


Rossi kembali ke pangkuan Yamaha

ROME - Juara MotoGP dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Yamaha selepas gagal mengharungi musim yang baik bersama pengeluar dari Itali, Ducati.
Perpindahan tersebut diumumkan Ducati semalam, yang turut mengesahkan penunggang Itali berusia 33 tahun itu akan menamatkan kerjasamanya bersama mereka sejurus tamat musim kejuaraan MotoGP dunia 2012.
Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pelumba tersebut, malah ia juga menjawab dakwaan bahawa Rossi akan bersara pada hujung musim ini selepas gagal memberi tentangan yang baik sejak dua musim lalu.
Kemenangan terakhir Rossi adalah pada Grand Prix Malaysia, Oktober, 2010 dan ketika ini dia menduduki tangga kelapan pada kejuaraan dunia.
Yamaha Motor Racing dalam kenyataan berasingan mengesahkan, pelumba Itali itu kembali berlumba untuk mereka bagi menghadapi musim 2013 dan 2014 selepas meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Ducati pada 2011.
Rossi akan berpasangan dengan pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang ketika ini sedang menerajui perlumbaan MotoGP dunia dengan kelebihan 23 mata selepas mengharungi 10 perlumbaan pertama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20120811/sl_05/Rossi-kembali-ke-pangkuan-Yamaha#ixzz2Cxau1dPY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment