Keputusan Grand Prix Malaysia 2012:
(SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT)
-Pelumba KTM AirAsia ZULFAHMI KHAIRUDDIN 63 meraih kejuaraan petak ke-2 dengan keputusan yang membanggakan rakyat Malaysia walaupun gagal meraih petak pertama kerana pada akhir garisan penamat zulfahmi telah dipintas oleh Sandro Cortese KTM REDBULL pelumba dari German.
-Pelumba FTR Petronas HAFIZH SYAHRIN 86 dengan meraih petak ke-4, walaupun pelumba dari FTR diberi wildcard tapi beliau telah membuktikan kejayaan beliau dengan mempertahankan 4laps berturut-turut pada petak pertama diakhir-akhir perlumbaan, Rakyat Malaysia meyakinkan Syahrin akan menaiki podium dengan kedudukan petak pertama tetapi hasrat ini tidak tercapai kerana hujan yang lebat dan kawasan litar yang licin berkemungkinan sehingga menyebabkan beliau ketinggalan dan meraih petak ke-4.
SINAR HARIAN:
 |
|
|
Sukan
Hafizh Syahrin lakar kejutan di Sepang
Oleh:
Tarikh: October 21, 2012
KEJAYAAN pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin memberi suntikan semangat kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk turut beraksi cemerlang dalam perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.
Hafizh Syahrin yang berlumba atas tiket 'wild card' menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan 15 daripada 19 pusingan selepas perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.
Hafizh Syahrin mencatat masa 37 minit 00.734 saat.
"Selepas Zulfahmi berjaya meraih tempat kedua pada perlumbaan Moto3, kejayaan beliau memberi suntikan semangat kepada saya untuk berada di hadapan.
Tiada erti putus asa dan memang kegemaran saya berlumba dalam hujan.
"Saya percaya pada diri yang saya boleh buat di hadapan penonton, saya tidak berputus asa untuk pergi lebih ke depan," kata Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kepada pemberita di Pusat Media Sepang International Circuit (SIC).
Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing menjuarai perlumbaan Moto2 selepas mencatatkan masa terpantas 36' 57.793s.
Tempat kedua menjadi milik pelumba Australia, Anthony West dari pasukan QMMF Racing Team dengan masa 36'58.503s manakala pelumba Great Britain, Gino Rea dari pasukan Federal Oil Gresini Moto2 di tempat ketiga dengan catatan masa 36'59.156s.
Bermula di petak ke-27, pelumba berusia 18 tahun itu mempamer aksi berani apabila berjaya mendahului perlumbaan di pusingan ke sembilan, sepuluh dan sebelas sekaligus mendapat sorakan gemuruh hampir 70,000 peminat sukan permotoran.
Bagaimanapun kedudukan itu gagal dipertahankan ekoran keadaan tayar mengalami masalah menyebabkan jenteranya sukar berfungsi dengan baik dalam keadaan hujan lebat.
"Semasa perlumbaan saya cuba dapatkan keyakinan. Di pusingan keenam, jentera ada masalah pada tayar belakang kerana saya guna 'full break' dan ketika di selekoh, tayar ada koyak sedikit. Apabila hujan kembali turun, saya terpaksa kawal jentera," katanya.
Hafizh Syahrin berkata beliau juga berpuas hati apabila berjaya berada di hadapan pesaingnya dari Sepanyol, Jordi Torres dari pasukan Mapfre Aspar Team Moto2.
"Sasaran selepas ini mengatasi Torres di pusingan akhir Kejohanan Motosikal Kebangsaan CEV Buckler di Valencia, Sepanyol. Saya juga mahu memberikan saingan sengit kepada Torres dalam trek yang kering," katanya. - Bernama
|
MOTO3 RESULT TOP5
1. Sandro CORTESE 11 GER Red Bull KTM Ajo, KTM
2* ZULFAHMI KHAIRUDDIN 63 MALAYSIA AirAsia-Sic-Ajo, KTM
3. Jonas FOLGER 94 GER Mapfre Aspar Team Moto3,Kalex KTM
4. Luis SALOM 39 SPA RW Racing GP, Kalex KTM
5. Miguel OLIVEIRA 44 POR Estrella Galicia 0,0, Suter Honda
(3 racer's out)
MOTO2 RESULT TOP5
1- Alex DE ANGELIS 15 RSM NGM Mobile Forward Racing, FTR
2- Anthony WEST 95 AUS QMMF Racing Team, Speed Up
3- Gino REA 8 GBR Federal Oil Gresini Moto2, Suter
4* HAFIZH SYAHRIN 86 MALAYSIA Petronas Raceline Malaysia, FTR
5- Julian SIMON 60 SPA Blusens Avintia, Suter
(9 racer's out)
MOTOGP RESULT TOP5
1~ Dani PEDROSA 26 SPA Repsol Honda Team, Honda
2~ Jorge LORENZO 99 SPA Yamaha Factory Racing, Yamaha
3~ Casey STONER 1 AUS Repsol Honda Team, Honda
4~ Nicky HAYDEN 69 USA Ducati Team, Ducati
5~ Valentino ROSSI 46 ITA Ducati Team, Ducati
(7 racer's out)
MOTO3(ZULFAHMI VS CORTESE)
No comments:
Post a Comment