Blogger Layouts

Barisan pelumba MotoGP

Barisan pelumba MotoGP

KEHIDUPAN DUNIAWI

Jadilah diri anda janganlah jadi diri anda hanya umpan dalam kerakusan duniawi yang hanya seketika ini dan jangan mudah terikut dengan pengaruh orang lain, kerana ada setengah kawan mungkin boleh dijadikan kawan tapi ada setengah juga boleh dijadikan lawan, hargailah kehidupan anda dengan perkara yang berfaedah dari terjebak dari kehidupan yang sia-sia, ingatlah masa itu emas dan masa takkan berulang kembali.

Wednesday, 30 January 2013

pengganti casey stoner

PENGGANTI CASEY STONER

motoGP news: Kehilangan seorang perlumba sensasi dunia Casey Stoner dari team Repsol Honda amat menyedihkan apabila beliau membuat keputusan untuk bersara awal ketika beliau merangkul top3 dunia berturut-turut namun pelumba yang akan menggantikan beliau adalah Marc Marquez dari Team Catalunya Caixa Repsol kategori moto2 yang pernah menaiki podium sebanyak 39kali berbanding Casey Stoner pungutan podium melebihi ratusan kali. Dan disini juga adalah bentuk jentera terbaru dari team Repsol Honda, tetapi majoriti ramai lebih menyukai jentera sebelumnya kerana ada tertera ayat bahasa melayu yang bertulis "Satu Hati"

Thursday, 22 November 2012

casey stoner bersara




Casey Stoner bersara hujung musim ini

LE MANS 18 Mei - Juara MotoGP, Casey Stoner mengejutkan sejarah sukan selepas mengumumkan persaraan pada hujung musim ini atas sebab ‘urusan keluarga’.
Pelumba Australia itu yang telah memenangi perlumbaan MotoGP sebanyak 35 kali dalam kariernya dan sekarang ini sedang mendahului kedudukan pelumba keseluruhan selepas memenangi dua daripada tiga perlumbaan 2012, membuat pengumuman di sidang media menjelang Grand Prix Perancis Ahad ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120518/su_07/Casey-Stoner-bersara-hujung-musim-ini#ixzz2Cxfx1Han
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ROSSI KEMBALI BERSAMA YAMAHA FACTORY RACING 2013


Rossi kembali ke pangkuan Yamaha

ROME - Juara MotoGP dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Yamaha selepas gagal mengharungi musim yang baik bersama pengeluar dari Itali, Ducati.
Perpindahan tersebut diumumkan Ducati semalam, yang turut mengesahkan penunggang Itali berusia 33 tahun itu akan menamatkan kerjasamanya bersama mereka sejurus tamat musim kejuaraan MotoGP dunia 2012.
Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pelumba tersebut, malah ia juga menjawab dakwaan bahawa Rossi akan bersara pada hujung musim ini selepas gagal memberi tentangan yang baik sejak dua musim lalu.
Kemenangan terakhir Rossi adalah pada Grand Prix Malaysia, Oktober, 2010 dan ketika ini dia menduduki tangga kelapan pada kejuaraan dunia.
Yamaha Motor Racing dalam kenyataan berasingan mengesahkan, pelumba Itali itu kembali berlumba untuk mereka bagi menghadapi musim 2013 dan 2014 selepas meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Ducati pada 2011.
Rossi akan berpasangan dengan pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang ketika ini sedang menerajui perlumbaan MotoGP dunia dengan kelebihan 23 mata selepas mengharungi 10 perlumbaan pertama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20120811/sl_05/Rossi-kembali-ke-pangkuan-Yamaha#ixzz2Cxau1dPY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 11 November 2012

Zulfahmi Khairuddin kedudukan ke3 GP Valencia, Spain


Podium kedua buat Zulfahmi di Valencia


Zulfahmi Khairuddin di atas podium setelah menduduki tempat ketiga pada GP Valencia di Sepanyol, semalam. - AGENSI
KUALA LUMPUR - Litar Valencia membawa tuah buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia mencatat keputusan podium kedua dalam kariernya pada perlumbaan penutup tirai Moto3 musim 2012 di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol, semalam.
Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 45 minit 06.005 saat, di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo, Danny Kent dan Sandro Cortese.
Kent, pelumba kelahiran Britain muncul juara pada perlumbaan tersebut dengan catatan masa terpantas 4:05.891s.
Juara dunia Moto3, Cortese dari Jerman yang diberi tentangan sengit oleh rakan sepasukannya itu melakar 45:05.947s di tangga kedua.
Zulfahmi yang bermula di petak ke-17, berjaya melonjak ke kedudukan kelapan pada awal saingan dan terus konsisten untuk berada di kelompok 10 terbaik pada perlumbaan 24 pusingan itu.
Prestasi seimbang yang dipamerkan anak muda berusia 21 tahun itu sepanjang perlumbaan menyaksikan dia terus memberi tentangan sengit sehinggalah saingan berbaki lima pusingan, Zulfahmi memecut jenteranya daripada tempat kelapan, mendaki satu demi satu anak tangga untuk berada dalam kelompok lima terbaik.
Pada pusingan terakhir, pelumba Air Asia SIC Ajo itu yang mengekori rapat penunggang RW Racing GP, Brad Binder kemudiannya memintas menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk catatan podium kedua selepas muncul naib juara di GP Malaysia 21 Oktober lalu.
Zulfahmi ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melahirkan rasa tidak percaya dengan keputusan podium yang dicatatnya pada saingan, semalam.
“Sukar untuk saya percaya keputusan podium yang saya catat. Litar agak basah dan licin, tetapi pada pertengahan perlumbaan saya ambil risiko untuk memberikan saingan kepada pelumba lain walaupun banyak insiden kemalangan yang berlaku.
“Saya gembira dapat menaiki podium buat kali kedua tahun ini, setelah saya bermula di petak ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, ini keputusan yang cukup hebat," katanya yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketujuh keseluruhan setelah mengumpul 128 mata.
Menurut Zulfahmi, ketika saingan berlangsung dia tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan dan masih sukar untuk menerima keputusan yang dicatatnya.
“Saya memang benar-benar sukar hendak percaya keputusan hari ini (semalam), saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan.
“Terima kasih kepada pasukan saya, penaja KTM dan semua orang yang selama ini memberikan sokongan kepada saya. Tahun depan, saingan bakal menjadi lebih kompetitif dan saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, begitu juga dengan jentera," ujarnya.
Sementara itu, Zulfahmi turut melahirkan rasa gembiranya setelah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dipilih Dorna (pemegang hak penganjuran MotoGP) untuk menerima anugerah Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121112/su_02/Podium-kedua-buat-Zulfahmi-di-Valencia#ixzz2BzK99PAp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 23 October 2012

zulfahmi dilamar redbull ktm ajo


Dilamar Red Bull KTM


Zulfahmi Khairuddin
KUALA LUMPUR - Karier Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan MotoGP semakin cerah apabila pasukan Red Bull KTM Ajo telah menawarkan secara rasmi kepada pelumba negara berusia 21 tahun itu untuk bersama pasukan tersebut pada tahun 2013.
Berita yang cukup menggembirakan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang berkata, Zulfahmi bakal menjadi pengganti kepada juara dunia Moto3 musim ini, Sandro Cortese yang memilih berada dalam kategori Moto2 pada tahun depan.
Jika menjadi kenyataan, Zulfahmi yang sekarang berlumba bersama AirAsia-SIC-Ajo akan bergandingan bersama rakan sepasukan baru, Luis Salom yang kini berada di tempat kedua keseluruhan.
"Pasukan Red Bull KTM telah menyatakan minat mendapatkan Zulfahmi Khairuddin pada musim depan semasa perlumbaan di GP Jepun baru-baru ini.
"Sekarang segala perbincangan tengah berjalan dan seandainya tiada sebarang halangan, dia bakal bergandingan dengan seorang lagi pelumba baru, Luis Salom yang telah diumumkan bersama mereka bagi kategori Moto3 musim depan.
"Bagi saya, ini membuktikan ada pihak telah mengiktiraf kebolehan Zulfahmi dengan segala pencapaian yang dia telah lakukan pada musim ini dan kita memang mengharapkan agar dia mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Zulfahmi yang cemerlang menduduki tempat kedua pada perlumbaan GP Malaysia 2012 sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama menjejak kaki ke podium berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan 112 mata.
Menyentuh mengenai pengganti Zulfahmi di dalam pasukan AirAsia-SIC-Ajo, Razlan memberitahu pelumba Red Bull Rookies, Hafiq Azmi menjadi pilihan namun pihaknya tidak akan terburu-buru membawa pelumba itu menyertai MotoGP dalam masa terdekat.
"Hafiq masih muda iaitu berumur 15 tahun dan bagi memastikan dia mempunyai persediaan yang mantap, kami berbincang untuk satu persediaan kejohanan di Eropah.
"Dia (Hafiq) mungkin akan menyertai MotoGP musim depan dengan tiket wildcard terlebih dahulu dan kami akan sentiasa memantau perkembangannya, jika dia bersedia, baru dia akan didaftarkan pada perlumbaan MotoGP," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121023/su_01/Dilamar-Red-Bull-KTM#ixzz2A6hlV3wj 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ben spies kemalangan di sepang 2012


Ben Spies to miss Phillip Island

Spies to miss Phillip Island
Monday, 22 October 2012

Yamaha Factory Racing rider Ben Spies will not attend the Grand Prix of Australia at the Phillip Island circuit this weekend following injuries sustained during the Grand Prix of Malaysia on Sunday 21st October.

Spies fell whilst riding in extremely challenging wet conditions at the Sepang International Circuit. An initial check by the trackside medical centre found no serious injuries however further tests conducted today in Kuala Lumpur have revealed injuries requiring surgery.
The Texan will return to the USA tomorrow, Tuesday 23rd October, to receive treatment for an AC shoulder separation, a cracked rib in the upper chest area and bruising to the lung.

Yamaha Factory Racing will not field a replacement rider at Phillip Island due to time constraints. 
Ben Spies
"I'm lost for words. We've had such a tough season with an unbelievable amount of bad luck. We have always gone out there to give it 100% and it was the intention of both myself and my team to continue to do so at Phillip Island. I took a really hard knock on Sunday and it's now clear from today's tests that I have some injuries that require immediate attention.

It's disappointing to be heading back to the USA now instead of to Phillip Island but it's obviously important to get the right treatment as soon as possible.
I'm sorry for my team and thankful for all the hard work they and Yamaha have put in so far; our current situation is not where we should be.”
Press release courtesy of Yamaha Factory Racing.
Spies jatuh semasa menunggang pada keadaan yang sangat mencabar dalam keadaan litar yang basah di Litar Antarabangsa Sepang. Semakan awal mengikut pusat perubatan litar perlumbaan mendapati tiada kecederaan serius bagaimanapun ujian lanjut dijalankan hari ini di Kuala Lumpur telah mendedahkan kecederaan yang memerlukan pembedahan.

Pelumba Texas Iini akan kembali ke Amerika Syarikat esok, Selasa 23 oktober, untuk menerima rawatan bagi pengasingan bahu, tulang rusuk retak di kawasan dada atas dan lebam kepada paru-paru. Factory Yamaha Racing tidak akan membariskan pelumba gantian di Phillip Island disebabkan kekangan masa.

Ben Spies

"Saya kehilangan kata-kata. Kami telah mengalami musim sengit dengan jumlah yang sukar dipercayai daripada nasib malang yang telah menimpa saya. Kami sentiasa pergi ke luar sana untuk memberikan 100% dan ia adalah niat kedua-dua diri saya dan pasukan saya untuk terus melakukannya di Phillip Island. saya telah mengalami suatu ketukan benar-benar keras pada hari Ahad dan ianya kini yang lebih jelas daripada ujian hari ini bahawa saya mempunyai beberapa kecederaan yang memerlukan perhatian segera. ianya adalah mengecewakan untuk menuju kembali ke Amerika Syarikat sekarang bukannya daripada ke Phillip Island tetapi ia adalah jelas penting untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin saya minta maaf untuk pasukan saya dan berterima kasih untuk semua kerja keras mereka dan Yamaha telah masukkan saya ke dalam setakat ini; keadaan semasa kita tidak adalah di mana kita harus ".

Tekan pembebasan ihsan Factory Yamaha Racing.

Sunday, 21 October 2012

KEJUARAAN ZULFAHMI DI SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 2012 MALAYSIA


Keputusan Grand Prix Malaysia 2012:
(SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT)
-Pelumba KTM AirAsia ZULFAHMI KHAIRUDDIN 63 meraih kejuaraan petak ke-2 dengan keputusan yang membanggakan rakyat Malaysia walaupun gagal meraih petak pertama kerana pada akhir garisan penamat zulfahmi telah dipintas oleh Sandro Cortese KTM REDBULL pelumba dari German.
-Pelumba FTR Petronas HAFIZH SYAHRIN 86 dengan meraih  petak ke-4, walaupun pelumba dari FTR diberi wildcard tapi beliau telah membuktikan kejayaan beliau dengan mempertahankan 4laps berturut-turut pada petak pertama diakhir-akhir perlumbaan, Rakyat Malaysia meyakinkan Syahrin akan menaiki podium dengan kedudukan petak pertama tetapi hasrat ini tidak tercapai kerana hujan yang lebat dan kawasan litar yang licin berkemungkinan sehingga menyebabkan beliau ketinggalan dan meraih petak ke-4.

SINAR HARIAN:
Sukan
Zulfahmi Khairuddin

Hafizh Syahrin lakar kejutan di Sepang

KEJAYAAN pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin memberi suntikan semangat kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk turut beraksi cemerlang dalam perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Hafizh Syahrin yang berlumba atas tiket 'wild card' menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan 15 daripada 19 pusingan selepas perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.


Hafizh Syahrin mencatat masa 37 minit 00.734 saat.


"Selepas Zulfahmi berjaya meraih tempat kedua pada perlumbaan Moto3, kejayaan beliau memberi suntikan semangat kepada saya untuk berada di hadapan.


Tiada erti putus asa dan memang kegemaran saya berlumba dalam hujan.


"Saya percaya pada diri yang saya boleh buat di hadapan penonton, saya tidak berputus asa untuk pergi lebih ke depan," kata Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kepada pemberita di Pusat Media Sepang International Circuit (SIC).


Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing menjuarai perlumbaan Moto2 selepas mencatatkan masa terpantas 36' 57.793s.


Tempat kedua menjadi milik pelumba Australia, Anthony West dari pasukan QMMF Racing Team dengan masa 36'58.503s manakala pelumba Great Britain, Gino Rea dari pasukan Federal Oil Gresini Moto2 di tempat ketiga dengan catatan masa 36'59.156s.


Bermula di petak ke-27, pelumba berusia 18 tahun itu mempamer aksi berani apabila berjaya mendahului perlumbaan di pusingan ke sembilan, sepuluh dan sebelas sekaligus mendapat sorakan gemuruh hampir 70,000 peminat sukan permotoran.


Bagaimanapun kedudukan itu gagal dipertahankan ekoran keadaan tayar mengalami masalah menyebabkan jenteranya sukar berfungsi dengan baik dalam keadaan hujan lebat.


"Semasa perlumbaan saya cuba dapatkan keyakinan. Di pusingan keenam, jentera ada masalah pada tayar belakang kerana saya guna 'full break' dan ketika di selekoh, tayar ada koyak sedikit. Apabila hujan kembali turun, saya terpaksa kawal jentera," katanya.


Hafizh Syahrin berkata beliau juga berpuas hati apabila berjaya berada di hadapan pesaingnya dari Sepanyol, Jordi Torres dari pasukan Mapfre Aspar Team Moto2.


"Sasaran selepas ini mengatasi Torres di pusingan akhir Kejohanan Motosikal Kebangsaan CEV Buckler di Valencia, Sepanyol. Saya juga mahu memberikan saingan sengit kepada Torres dalam trek yang kering," katanya.  - Bernama


MOTO3 RESULT TOP5
1. Sandro CORTESE                      11  GER                 Red Bull KTM Ajo, KTM
2* ZULFAHMI KHAIRUDDIN 63 MALAYSIA    AirAsia-Sic-Ajo, KTM
3. Jonas FOLGER                          94 GER                 Mapfre Aspar Team Moto3,Kalex KTM
4. Luis SALOM                             39  SPA                 RW Racing GP, Kalex KTM
5. Miguel OLIVEIRA                    44  POR                 Estrella Galicia 0,0, Suter Honda
(3 racer's out)

MOTO2 RESULT TOP5
1- Alex DE ANGELIS          15  RSM                    NGM Mobile Forward Racing, FTR
2- Anthony WEST                95  AUS                     QMMF Racing Team, Speed Up
3- Gino REA                         8    GBR                    Federal Oil Gresini Moto2, Suter
4* HAFIZH SYAHRIN     86   MALAYSIA        Petronas Raceline Malaysia, FTR
5- Julian SIMON                 60    SPA                     Blusens Avintia, Suter
(9 racer's out)

MOTOGP RESULT TOP5
1~ Dani PEDROSA             26   SPA                     Repsol Honda Team, Honda
2~ Jorge LORENZO           99   SPA                    Yamaha Factory Racing, Yamaha
3~ Casey STONER             1    AUS                     Repsol Honda Team, Honda
4~ Nicky HAYDEN            69   USA                     Ducati Team, Ducati
5~ Valentino ROSSI            46   ITA                      Ducati Team, Ducati
(7 racer's out)

MOTO3(ZULFAHMI VS CORTESE)